Full stop.
seperti yang anda dapat lihat, semuanya telah dihapuskan.
tiada lagi bahan bacaan mengarut. tiada lagi komen-komen membina (dan tidak membina).
tiada lagi bahan bacaan untuk anda rasa sakit hati. tiada lagi tulisan yang akan menyebabkan anda tak tidur malam.
tiada lagi puisi. tiada lagi kata-kata cinta.
dan tiada lagi ayat untuk menerangkan dunia dari perspektif berbeza.
aku hentikan semuanya di sini.
aku pohon maaf atas kesakitan yang aku berikan terhadap anda.
aku pohon maaf atas semua kesilapan yang aku buat selama ini.
aku pohon maaf atas kekasaran bahasa yang aku gunakan di sini.
aku tahu anda terasa dengan membaca apa yang aku tuliskan di sini.
aku tahu aku bersalah, kerana aku menulis mengikut perspektif sendiri.
dan aku juga pohon maaf terhadap mereka yang suka menyalin puisi jiwang karat yang aku tuliskan di sini.
nampaknya tiada lagi yang boleh anda baca (dan simpan).
pada semua mereka yang sentiasa mengikut penulisan aku,
aku harap anda semua faham.
di samping mereka yang suka membaca, tidak kurang juga yang membenci.
dan memperjelaskan kepada mereka yang membenci itu mengambil masa yang lama.
aku tak mempunyai masa sebanyak itu.
menulis mengambil masa yang sangat lama.
memastikan penulisan kita tidak mempunyai fakta yang salah (sebelum di-publish) mengambil masa yang lebih lama.
dan memastikan orang lain tidak terasa hati dengan apa yang kita tuliskan adalah suatu yang hampir mustahil dilakukan. kerana pasti ada yang akan terasa.
terima kasih pada semua yang berkunjung selama ini.
terima kasih kerana membolehkan hit ke blog ini melebihi 2,000 hit sebulan.
terima kasih kepada 20-30 orang tetap yang mengunjungi blog ini setiap hari.
terima kasih pada 10-15 pengunjung tetap yang sentiasa membuka blog ini walaupun tiada posting baru.
terima kasih pada at least 5 orang yang membaca tak sampai 5 minit aku upload artikel baru.
terima kasih pada beberapa IP berbeza dari US, UK, dan Jepun. aku tak tahu siapa anda.
terima kasih pada semua. aku hargainya.